September 02, 2014

Kami Ke Korea : Seoul | Gangchon Rail Park

8 Ogos 2014 | Jumaat

Hari ini bermulalah cabaran sebenar kami
Dengan berpandukan entry dari bloger-bloger, website Korea Tourism Organization (KTO) dan yang paling wajib ialah Jihachul (Korea Subway) apps!
Rasanya kalau tak de Jihachul app ni memang ke laut la kami
Dengan application ni juga, korang boleh berlagak (sikit-sikit) dengan local people sebab macam hebat je kan turun naik subway sambil touch t-money
Cuma mula-mula nak mengaplikasikan Jihachul dalam real situation ni loading sikit sampai ada ahjussi, oppa, unnie tolong escort hari first haha
Lama-lama bile da adapt ok lah 



Rupanya local pun tak berapa familiar dengan tempat lain kecuali tempat yang mereka biasa pergi tu yang oppa tengok peta cari location di board sementara unnie google map ahahaha

Destinasi ni agak jauh dari bandar Seoul
Dari Ewha Womens University Station ke Gimyujeong Station makan masa hampir 2 jam!
Gangchon Rail Park ni boleh naik di mana-mana 3 station (Gimyujeong Station, Gangchon Station dan Gyeonggang Station)
Kami turun di Gimyujeong Station sebab pintu masuk rail park betul-betul dekat, belah kanan station
Akhirnya selamat sampai~~














Tempat rail park ni sangat cantik, serius!
Waktu tengok episod Running Man kat sini terus simpan hajat nak datang kayuh kereta beroda tu haha
Tapi waktu ni cuaca saaaangat panas dan harga tiket pun macam mahal dan alasan lain ialah kalau kayuh tengah-tengah hari ni confirm berpeluh semua
Kalau musim spring mungkin okay nak kayuh jauh-jauh
Jadi kami sepakat untuk ke next destination haha~

No comments:

Post a Comment

Comment :)