14 Ogos 2014 | Khamis
Lepas tengah hari hujan sangat lebat
Tapi mujur dalam 3.30 petang hujan dah rintik-rintik
Memandangkan hari ni hari last, kami keluar juga jalan-jalan
Ada dua tempat pilihan nak pergi, satu Kimnyong Maze Park satu lagi Hallim Park
Malangnya kedua-dua tempat ni terletak di arah yang bertentangan
Kimnyong Maze Park ni arah ke Seongsan belah timur manakala Hallim Park belah barat
Sebab dah petang kena choose one or another je
Our mum nak pergi Hallim Park sebab kat sana ada wild grass, flower garden, bonzai garden, bird garden, botanic garden dan garden yang lain-lain
Duckling sisters pula nak pergi main maze sebab banyak tengok korea variety show kan
Tapi disebabkan mengamalkan sistem diplomatic, lastnya ikutlah majority ni semua
(harap-harap tak jadi macam tanggang dan kena datang semula Jeju-do bawa ma pergi Hallim Park insyaAllah)
Dengan sepakat membawa berkatnya, kami minta staff YEHA call taxi ke Kimnyong Maze Park haha
Lawa! |
Mainlah dalam lecak muahaha |
Yahoo~ |
Ada peta pun sesat |
Dalam 6.30 petang kami siap-siap nak balik, hari pun dah nak gelap
Time ni barulah kami nak pikir macam mana nak balik YEHA Guesthouse
Haha memang gamble betul lepas suruh taxi ahjussi tak payah tunggu kitaorang
Sebabnya tak tahan bau soju, kuat sangat dalam taxi
Pening pening sebab kami tak biasa, sorry taxi ahjussi tak dapat balik bersama~ :)
Mujur di kaunter tiket ada ternampak timetable local bus yang lalu untuk balik ke main road
Kebetulan pula waktu kami keluar tepi jalan bus local lalu, dan terpaksa lari kejar bus
Haha!
Dengan tak katam study local transport route, bus nombor berapa nak balik ke bandar dan tak pandai berhanggul main redah jekan
Tanya dengan bus driver "Ahjussi, Jeju-si juseyoo~?"
(sebab phares tu je yang tahu)
Nasib kami baik haritu, Allah swt tolong
Bus ahjussi suruh naik dan bus pun bergerak ke main road dan tak lama tu bus ahjussi drop kitaorang kat bus stop kecil
Maybe bus ahjussi tu risau tengok muka kitaorang blurr, dia pun pesan kat sorang ahjumma yang tengah duduk di bus stop supaya guide kitaorang bila next bus ke bandar Jeju datang
Baik betul ahjussi dan ahjumma walaupun kita cakap english diaorang reply bahasa korea
Ahjumma siap tunjuk kat map board belakang bus stop nak explain kat kitaorang dan jadi translator pulak kepada next bus driver cakap yang kami nak ke bandar Jeju dan minta turunkan di Terminal bus
Jeju Bus Terminal |
Alhamdulillah selamat balik YEHA |
How thankful and grateful we are to ahjussi, ahjumma, may God bless you!
We had soo much fun in Jeju-do
p/s jangan lupa redeem flyers yang ambil di airport untuk poskad maze park di kaunter masuk
No comments:
Post a Comment
Comment :)