Pagi ini tempat pertama kami di Montenegro ialah ke kota lama Budva iaitu sebuah kota yang bercirikan rekabentuk Venice dan kota ini telah didirikan semula selepas gempa bumi pada tahun 1979
Kota lama Budva ini terletak di tepi laut, sangat cantik dan banyak lorong-lorong kecil
Sewaktu kami melawati kota lama ni, ada seekor anjing tua yang mengiringi kami
Macam tour guide anjing ni, start kami turun bus hingga tamat tour dia ikut je, mujur tak datang dekat haha
Kota lama Budva ini terletak di tepi laut, sangat cantik dan banyak lorong-lorong kecil
Sewaktu kami melawati kota lama ni, ada seekor anjing tua yang mengiringi kami
Macam tour guide anjing ni, start kami turun bus hingga tamat tour dia ikut je, mujur tak datang dekat haha
Breakfast dulu sebelum memulakan perjalanan |
Ni lah anjing yang ikut group kami dari awal hingga akhir, sampai kucing pun kena kejar |
Pintu masuk ke kota lama Budva |
Destinasi seterusnya kami melawat Kotor old town, dalam 30 minit dari kota Budva
Nama sahaja kotor tapi bersih
Kotor old town ni lagi luas dari kota Budva dan siap boleh hiking di Kotor Fortress berhampiran untuk tengok view dari atas
Tapi dek kerana kekangan masa, kami just pusing-pusing dalam ni aje sambil usha ragam manusia
Kebetulan masa kami di sini, terdapat pasangan pengantin yang sedang berarak menuju ke church yang terdapat di dalam kota lama ni
Makanan hari ini lain dari yang lain dan sangat sedap~
Nasi dimasak dengan arang + nasi dimasak dengan sos tomato, sedap! |
Salam.
ReplyDeleteBrp jam melawat kota budva dan kotor. Makan di restorn mana?
Sepanjang survey saya makanan halal susah di Kotor.
Saya Tanya ni krna bulan ni nak ziarah Balkan, insha Allah.
Harap dpt response soalan saya INI.
Terima kasih
Wassalaamu'alaiki
Waalaikumussalam @mdnasiridris
DeleteTour di kota Budva dan Kotor tak lama lebih kurang 2-3 jam satu tempat.
Kami makan di Hotel Pine yang terletak berhampiran Tivat Bay, sebab lepas makan terus bergerak ke Dubrovnik.
Harap perjalanan ke Balkan berjalan lancar :)
Tq. Kami otw dari Sarajevo ke Kotor, dah setengah perjalanan
ReplyDelete