June 05, 2013

Our Short Trip - Genting Highlands

It's holiday people!!!
Yahooo~
Right after we finish our last paper (oh my Abacus!), that night we head to Kuala Lumpur
But the funny part is the bus!!
Adoyai..camna plak my friend boleh terbeli ticket bus nih
I mean THIS bus

rengit yang agak hangit
Haaa..pernah naik tak??
Confirm tak pernah kan kan
Dalam banyak-banyak bus dalam Malaysia ni, bus "rengit" jugak yang terpilih
First tu ingat ok la sebab tengok seat selesa semua
After kitaorang naik di Kota Bharu, bus pergi ambik penumpang di Tesco Lembah Sireh
 30 min pastu driver bus kecoh cakap driver lagi 2 orang hilang
Mak aih..camne boleh hilang pulak nih??
Pas dah tunggu agak lama pakcik driver pun jalan je
Jadi sekarang ade 2 orang: pakcik driver A and pakcik driver bus lain yang tumpang bus rengit,pakcik driver B
Dari Tesco, bus pergi Tanah Merah
OTW tu boleh pulak pakcik driver A cakap dia penat sebab dah seharian bawa bus tak berehat
Ahaha gila bahaya nyawa kitaorang sekarang~!!
Dah la asyik cakap penat dari tadi, jalan pun tak tau jugak
Duk gaduh dengan pakcik driver B pasal jalan short-cut mana nak ke Tanah Merah
Dari Tanah Merah, bus pergi pulak ke Machang
Waktu kat Machang pakcik driver A dah give up and pakcik driver B yang baik hati take over
Pakcik driver B ni pun lebih kurang sama cam pakcik driver A
Tengah drive dia cakap "saya dah 4 tahun berehat bawak bus.Sakit Jantung dulu"
Kitaorang yang duduk seat belakang driver dah gelak-gelak tahap apa
Memang berdoa banyak-banyak malam tu
Boleh pulak camtu ya
Tengah elok je bus gerak,boleh pulak tiba-tiba break bus rosak
Penumpang yang duduk seat belakang semua turun
Pakcik driver cakap "nasib baik ade plier,boleh la repair"
Nak gelak ke nak nangis??
ft.gif
Aigooo bila nak gerak ke KL ni
Jam 1am barulah bus rengit ni bergerak dari Kelantan menuju ke KL


Motif: Jajan harga rm3 satu.Gila mark-up macam apa. Nak cakap muka budak ni macam Jepun jauh skali
Subuh prayer at Raub,Pahang


Jam 8.45am akhirnya kami sampai Putra Station
Alhamdulillah syukur
Nak dekat sampai Putra Station, ade brader mat salleh siap rap kat pakcik driver sebab sampai lambat
Haha..dah tau ada kelas balik la awal sikit
Tak leh nak blame bus 100% jugak kan
Dari station bus, saudara Izza jemput then bawa pergi breakfast dekat Tasik Titiwangsa
Kebetulan kat situ kami masuk Balai Seni, free je masuk




The arts are awesome!
Saya yang tak tahu pape pasal seni pun boleh enjoy
Pusing-pusing galeri tengok hasil karya mereka-mereka yang berbakat
Sangat creative
lovely.gif
Disebabkan ni trip budget,jadi kami stay kat umah Izza tuk 3 malam
Tempat bermalam
Trimas..nanti kami datang lagi..hehe

The next day,we went to Genting Highlands

RM60 per person
Inilah saat yang dinanti-nanti
al-konon nak release tension after final exam kan
Semua extreme game kitaorang main
Brapa kali pusing 360 degree pun xterkira

Mainan kat blakang tu terbaiklah
Cosplay
Genting Highlands here We Come
Cable Car
We had FUN!
On our last day we went to Wangsa Walk
At first we want to watch movie but then change plan to karaoke
I'm not a good singer.Seriously
Sangat malu mak aih tak hengat suara macam hape
Dah la nyanyi lagu-lagu lama cam S Club 7, M2M, BSB etc etc
Ada pulak sepupu Izza memang nyanyi slow je awal-awal
Pas warming up nyanyi budget suara merdu pulak
Ahaks segan 
music.gif

Haha..papepun kitaorang betul-betul enjoy
Paling penting kitaorang balik KB naik bus Mahligai ^^
Yeah~!

May 24, 2013

Here We Go!

It is not around the corner anymore
The time is now!

Final Exam, Come To Me!
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami

Doa Menuntut Ilmu:
Maksudnya:
Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanfaat, amalan yang diterima dan razeki yang bagus (baik).
Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung dengan Mu dari ilmu
yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, doa yang
tidak di dengar (makhbul) dan amalan yang
tidak di naikkan (diterima).

source: http://anjungtaqwa.blogspot.com/


stars crazy rabbit

SEMOGA BERJAYA!

May 05, 2013

PRU 13 - My First Voting Experience

Alhamdulillah selesai sudah mengundi
First time woo sangat excited + nervous
Macam nak pergi test JPJ pun ada jugak
Disebabkan first timer, sebelum PRU 13 ni siap buat research pasal procedure nak mengundi..haha~
Bukan sebab semangat nak mengundi tapi sebab tak tau pape macam mana cara nak mengundi nanti..hihi

Tapi parti mana kita nak undi ya?

Papepun cuaca sangat-sangat elok di Pasir Puteh ni
Tak macam ada setengah kawasan yang hujan, kesian mereka
Jam 3 petang, saya dan family bertolak ke tempat mengundi 
Saya kena di SK Pasir Puteh (P) manakala parent kena di SA Saniah
Ingatkan ramai orang tapi ada 3 4 orang aje..haha
Mula-mula tu kita tunjuk slip semakan yang da di print siap-siap dari rumah,senang
Sebab kalau tak print lagi kene pergi semak sama ada di booth PAS/BN 
Haaa kata undi rahsia, kalau kene pilih mana rahsia lagi kan
Pastu SPR yang jaga akan kasi no giliran then kita pergi la lokasi tempat mengundi tu
Macam saya saluran 4 berada di tingkat 1 kelas hujung
Depan kelas ada polis jaga,so tak berani nak ambik gambar..ehee~
Tunggu giliran pastu pergi ke kaunter 1 untuk semakan IC, kaunter 2 untuk calit dakwat kekal dan kaunter 3 ambil kertas undi
Jangan risau, penjaga di situ sangat peramah dan akan bagitau apa yang perlu kita buat step by step
Next kita pergi ke cubicle untuk pangkah parti yang kita rasa bagus
Lepas dah pangkah dan check kertas tu ok kita boleh lah masukkan kertas undi mengikut warna
Satu untuk DUN satu untuk Parlimen
Last kita chow dari tempat tu
Yeay mission accomplished
Best bukan?
Next time kita ambik gambar sebab tengok ada je budak ambik pas keluar kelas tu

Rase nak pergi buat lagi tapi tak pe kita tunggu next 5 years
Tapi kalau nak meriah kita harus pergi waktu pagi
Ada kawan bagitau time orang tengah ramai ada jugak yang berani potong Q
Sian dia bengang pagi-pagi
Haha

Walau apa pun keputusan nanti di harap Malaysia terus menjadi sebuah negara yang aman damai serta melahirkan generasi yang tahu kepentingan dunia akhirat dan berdaya saing yang sihat
Sebab apa? sebab yang boleh mengubah keadaan anda sekarang adalah anda sendiri
Orang kata Knowlegde is Power
Kalau power setakat huha huha saya pun boleh,tapi sikit ajelah..hehe

Usaha, Tawakkal, Redha
Insyaallah
Allah swt know better for sure
-------------------------------------------------------------------
Ragam sebelum & selepas PRU13















SAYA SUDAH, ANDA BILA LAGI?