August 29, 2014

Kami Ke Korea : Seoul | Incheon International Airport Arrivals

7 Ogos 2014 | Khamis

Cuti-cuti bulan lapan (Project August), sripekan-girls telah pergi travel ke South Korea
Yeayy..Banyak pengaruh K-pop dan drama-drama Korea niee
Kami pergi berempat saja sebab yang lain busy

On Thursday, alhamdulillah kami selamat tiba di Incheon international airport pada 3.20pm
Maka bermulalah adventure kami di Korea Selatan
First time ni travel tanpa tour guide, saudara mara atau local friends
Just us to figure everything out for ourselves
carry on smiley
Nervous excited semua ada!
Before nak datang adalah juga study sikit-sikit
Dan yang paling penting kena download jihachul korea subway apps di phone supaya tak sesat




Tempat kami bergambar ni bukan main building lagi
Untuk ambil bag dan imigresen semua kena naik shuttle train macam di KLIA
Follow saja anak panah gerenti selamat






Keluar arrivals gate, first things first
Cari T-money di GS25 atau mana-mana convenience store dan recharge 30,000 won
Tak payah risau tentang language barrier, cakap je t-money and kasi duit ngam-ngam
Bagus t-money ni sebab boleh guna tuk transport (subway,bus dan taxi) dan juga beli-belah di semua convenient store (GS25, CU, Mini Stop, Buy The Way, 7-Eleven) 
happy dancing crazy rabbit

June 14, 2014

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan!

Assalamualaikum

Selepas berpulun dengan final report dan final presentation, maka bermulalah long vacation kami
Wuuuuhuuuu~
Sempena cuti-cuti Malaysia, saya dan rakan berkesempatan menyaksikan sendiri Pesta Kaamatan @ Tadau Kaamatan di KDCA, Penampang Sabah pada 30 May 2014
Di sini pelawat boleh sama-sama melihat keunikan budaya penduduk tempatan yang terdiri dari pelbagai etnik
Ada nyanyian, tarian, contoh rumah etnik, makanan traditional, kraftangan dan banyak lagi
Main gate KDCA





Rakan saya try siput tu, saya maybe next time haha
Kraftangan


Stage Persembahan
Sumandak



Memang enjoy Pesta Kaamatan di KDCA
Tak rugi pergi
Thanks Iza, Edi and family!!

Pesta ni juga mengingatkan saya kepada persembahan kebudayaan semester akhir
Wah gitu~

Persembahan Akhir
shy-red-crab

May 17, 2014

Langit Sentiasa Cerah

Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Buah pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Walau jauh di negeri satu
Hilang di mata, di hati jangan

Bintang barat terbit petang
Bintang timur terbit pagi
Jika tidak melarat panjang
Ada umur ketemu lagi

*Siapa sangka, siapa menyangka, tiga tahun bersama berlalu pergi. Moga selalu mendongak ke langit dan ucap jumpa lagi kawan! Terima kasih, terima kasih dan sentiasa berterima kasih*