October 07, 2014

Kami Ke Korea : Seoul | Red Sun Restaurant

19 Ogos 2014

Bila berjalan-jalan dalam hujan mulalah cepat lapar kan
Dari Insadong kami berjalan ke Myeongdong 
Nak kata dekat tak jugak tapi janji sampai tak kisahlah
Di kawasan Myeongdong ni punyalah banyak lorong-lorong, konfius nak belok kiri kanan  sampai tersesat-sesat nak cari Red Sun ni haa
Mujurlah jumpa juga walaupun dah nak give-up mencari haha Alhamdulillah
Red Sun ni cousin yang recommendkan sebab katanya sedap dan halal boleh makan
Apa yang sedap jeng jeng haha
Jajang ttokbokki!
Maggi ttokbokki senang cerita
Alah yang putih panjang potong pendek-pendek tu
So sedap ke idok?
Layan je lah kan sebab ttokbokki ni salah satu makanan Korea yang traveller/tourist wajib try
Macam biasa-biasa, sebelum order kami tunjuk lagi sekali kat ahjumma tu printed paper yang kami hanya boleh makan seafood dan elak letakkan bahan yang berasakan daging



















Lepas makan, pusing-pusing Myeogdong yang sangat happening, penuh sesak dengan rakyat jelata sekalian


Jangan lupa bergambar dengan oppa tepi jalan




October 06, 2014

Kami Ke Korea : Seoul | Insadong

19 Ogos 2014 | Selasa

Insadong, tempat yang penuh dengan art crafts, galleries, cafe, teahouse etc
Memang happening dan rambang mata tapi mujur boleh lagi tahan diri
Direction ke Insadong ialah turun di Anguk station (Exit 6) atau Jonggk station (Exit 3)
Souvenir agak mahal di sini berbanding di Namdaemun market tapi barang-barang kat sini memang semua cantik-cantik
Even di subway pun dah ada exhibition karya-karya seni
Kalau kat tempat lain ramai muda-mudi tapi di Insadong ni pelbagai peringkat umur jumpa lebih-lebih lagi warga veteran









Landmark Insadong sangat menarik

Kalau siapa pernah tengok variety show We Got Married mesti kenal cafe belakang tu
Tempat Yongseo couple dating haha
Macam best juice goguma tapi kami tengah kenyang lagi ^^


SNSD Yoona pun pernah shooting di cafe ni

Di Insadong kami ke Ssamziegil, agak famous sebab ramai orang walaupun tengah hujan
Bangunan Ssamziegil ni sangat unik dengan spiral-like stairway
Jadi naik tingkat-tingkat atas tak rasa macam naik tangga
Banyak kedai-kedai yang comel kat sini dan tingkat atas sekali ada sky garden


















Dari Ssamziegil, kami berjalan-jalan di sekitar Insadong
Banyak lorong-lorong kecil yang boleh explore tapi sebab takut sesat kami stick on the main road aje

Sini pun ada gula tarik!









Jangan malu bertanya nanti sesat