February 20, 2013

Baucar Buku BB1M 2013

Baucar buku yang dinanti-nanti telah tiba lagi.
Last year 2012 kami dapat BB1M RM200 tapi tahun ini di up jadi RM250.
Wah!! sangat banyak tak hengat!!
Untung jadi student.hihi
. Alhamdulillah.
First dapat BB1M, kita list dulu buku-buku dan stationary yang nak dibeli.
Then time gap klas, kitaorang pergi KB Mall, sampai-sampai terus tuju Popular Bookstore dan SMO.
Nah ambik...semua orang pakat tawaf dalam tu.
Lepas da macam lama duk situ kitaorang pun calculate total barang yang ambil.
Baucar buku ini dikasi dalam RM50 satu baucar, ada 5keping seorang.
Kita kena make sure jumlah barang-barang tu genap dalam bentuk RM 50 tapi kalau stakat lebih 50sen tambah pakai duit sendiri aja.
Total yang dah guna RM100 sebab buku tourism agak mahal and ada jugak barang-barang dekat kedai buku tu di mark-up tiba-tiba.
Yang buku sebelum ni RM30 dah jadi RM36 dan pen yang biasa-biasa tengok RM1.20 dah jadi RM2.00.
Kenapakah??
Urmmm agak tak patut juga mereka ni padahal diorang pun boleh dapat duit yang kerajaan tengah agih-agih sekarang ni. Kan dah nak dekat pilihan raya.
Selain tu kena ingat rezeki yang halal bro.
Lagi satu sekarang ni kat KB mane ada Big Bad Wolf/Kinokuniya jadi kena depends kat local kedai buku ajela.
BB1M ni sangat meringankan beban seorang pelajar.
Nak-nak student yang kurang berkemampuan macam saya. ihihi
Bila dapat baucar ni dapat beli buku-buku, segala pen, files, A4 papers dan sebagainya.
Tapi ada juga yang menyalahgunakan kesenangan yang ada ni.
Macam tahun lepas, abis makanan, topup, rokok etc etc disapu dengan baucar.
Kosong abis rak bahagian tu.
Kelakar betul.
Tapi tahun ni bookstores dah tak kasi beli makanan guna baucar dah.
Mungkin da kene warning. ahaha~
Papepun, gunalah sebaik yang mungkin demi kebaikan bersama.
Belilah buku-buku ilmiah yang dapat bagi input berguna supaya kita dapat guna pakai dunia akhirat.
Dan sekarang saya pun tak tahu nak beli apa dengan lebihan baucar.

Baucar yang tarikh luput sampai bulam Mei sahaja

No comments:

Post a Comment

Comment :)