The Coach. Very Comfortable. Driver pun friendly and can speak Malay and Thai.
Tuk sebarang info boleh hubungi Cikgu Awi (Penyaman Service) di talian 018-4784488.
Perjalanan kami dari Waeng ke Hat Yai mengambil masa dalam 4jam. Dalam perjalanan kami singgah di Samilla Beach sebab nak tengok mermaid but unfortunately it was raining heavily. Kami hanya dapat bergambar dengan ekor naga aja,kepala pun tak sempat dek hujan lebat. Haha aduh kasihan~ Then kitaorang pergi floating market. Dalam hujan renyai-renyai pun kitaorang redah aja. Tah bila lagi nak sampai kan. Tapi sampan pun tak banyak dan mereka tengah berkemas-kemas nak balik dah time tu. Uhuk! Kalau dah hujan perut pun jadi lapar, so our driver bawa kami pergi makan chim chum. 1290 baht sekepala. Murah kan. Kalau chim chun kat Jalan PC RM19 seorang tau.
|
Samilla Beach. Floating Market. Chim Chum |
Jam 9.15 kami tiba di bandar Hat Yai. Alhamdulillah Pusing-pusing lalu night market tapi sebab hujan tak banyak sangat yang buka. Kami check-in di President Hotel. Nama aja President tapi hotel ni 3star aja ranking dia. Hehe Receptionist tak mesra maybe dia tak belajar Customer Service kot. Harga semalam 700baht/room.Double bedroom. Kira oklah tuk merehatkan diri. Hotel ni berhampiran dengan roundabout yang tulis "Welcome to Hat Yai", kedai-kedai dan masjid. Jadi time waktu subuh dapat dengar bunyi azan. View dari tingkap waktu subuh pun sangat tenang.
|
View around President Hotel, Hat Yai. |
Jam 8am kami check-out hotel dan pergi jalan-jalan cari makan serta shopping.
Breakfast roti canai di Shah Alam Seafood yang owner dia orang Shah Alam. Aha~
Kat sini banyak restaurant halal so bab makanan memang tiada masalah. Orang Islam pun ramai so tak perlu risau macam penah terasa diskriminasi sewaktu di Cambodia. Macam tak pernah tengok orang pakai tudung. Seriously cakap beb. Orang Islam ramai yang tinggal di pedalaman jauh dari bandar. Sedih time lawat mereka.
Erkk ter-pergi Cambodia pulak kan. Ok continue back to Hat Yai yek. hehe
Lepas breakfast kami pergi shopping.
Tapi harga pun lebih kurang sama dengan harga Malaysia so window shopping ajelah.
|
Style naik couch masing-masing |
|
Breakfast di Shah Alam Seafood |
|
Shopping time. Tapi paling suka buah berangan. Sangat sedap. |
Dah abis shopping kami pergi lunch kat tempat paling famous di sini. Kenapa kata famous? Sebabnya orang sangat ramai sampai tak ada tempat duduk. Seriously sangat ramai lebih-lebih lagi time weekend dan kedai ni buka jam 11am. Kalau rajin boleh la booking seat before datang makan. Kitaorang pun datang dua kali. Satu time pagi tapi kedai ni tak bukak lagi, dan datang balik time lunch. Kitaorng datang jam 12pm, 10min pastu datang la bus rombongan sampai ada yang terpaksa tukar plan pergi makan tempat lain. Kesian diaorang, mesti mengidam nak rasa pulut ayam goreng yang sedap tu.Yes, sangat sedap. Tak tipu. Bak kata PakCik Pin dalam bahasa Siam "aroy chenchen" sangat sedap.
Kai Tod Daycha
|
SomTam yang terbaekk |
|
Kerabu . Pedas tapi sedap |
|
Pulut ayam goreng kegemaran semua. Yum yum |
|
Tom Yam dicampur air kelapa. Perhh sedap kalau boleh nak sedut pakai straw. |
Our next destination is Hat Yai Ice Dome
Ni lebih kurang macam kat The Mines.
Suhu -15 darjah celcius dan sesuai kepada sesiapa nak practice pergi oversea waktu winter.
Sangat sejuk lebih-lebih lagi kalau pakai sehelai sepinggan macam nak pergi KB Mall.
Tapi jangan risau Hat Yai Ice Dome menyediakan baju sejuk dan sarung tangan.
Harga pun berpatutan 300 baht untuk foreigner manakala 100 baht untuk local people.
Yeaaa gembira pulak jadi foreigner ni kan.
Semua deco dalam tu di perbuat dari ice tapi yang macam salji turun nak buat ice kacang tak ada la pulak.
Selepas bergembira, kami meneruskan perjalanan balik ke Kelantan.
Sampai Imigresen 15min waktu closing gate iaitu jam 10pm.
Fuh hujung minggu terbaekkk!!
So far in my observation, Hat Yai best tapi tak banyak sangat tempat menarik dan boleh abis pusing dalam 2 hari macam kitaorng buat.
Culture pun lebih kurang sama dengan Malaysia and orang-orang kat situ pun friendly.
Tapi makanan-makanan memang sangat best best best.
Rugi kalau tak makan pulut manga,pulut ayam goreng,tom yam ect time travel ke Thailand.
Tamat sudah itinerary trip 2D1N kita di Hat Yai, Thailand bersama family. Hihi
Semoga berjumpa lagi di trip yang lain.
|
No comments:
Post a Comment
Comment :)