Assalamualaikum
Kali ini saya berpeluang menjejakkan kaki di beberapa buah negara di semenanjug Balkan iaitu Greece, Macedonia, Albania, Montenegro, Bosnia & Herzegovina dan juga Croatia
Balkan ni terletak di tenggara benua eropah dan satu ketika dahulu terletak di bawah penguasaan Kerajaan Uthmaniyah (1299 - 1923)
Malah di Balkan ni jugalah berlakunya World War I dan World War II
Memandangkan pergi dengan pakej, saya lebih take things for granted haha
Mana taknya semua agent dah settlekan baik dari segi hotel, transport, restaurant halal, itinerary etc sampai nama makanan pun tak tahu!
Ish ish memang tak adventure langsung tapi layankan ajelah trip kali ni huhu
Dari KLIA kami berlepas ke Athens (transit di Istanbul) dengan Turkish Airlines
Kerjaannya untuk tempoh penerbangan yang lama adalah tidur, bangun, makan, godek-godek movie dan ulang balik semua di atas
|
bye bye semua bye bye |
|
Nama lain bagi Athens, Atina |
|
Morning! |
|
Istanbul to Athens |
ATHENS
Dan akhirnya kami selamat tiba di Athens pada jam 9 pagi, Alhamdulillah
Ketibaan kami disambut oleh wakil dari local agent dan menujulah kami ke destinasi hari ini iaitu Panathenaic Stadium dan juga Lycabettus Hill
Tapi sebelum tu, dalam bus ada sesi beramah mesra
|
Panathenaic Stadium that hosted the first Olympic in 1896 |
|
Pintu masuk sebelum menaiki kereta cable ke atas |
|
Our guide in Athens, Maria giving out explanation regarding the Lycabettus Hill which is the highest point in Athens |
|
View from the top of Lycabettus Hill |
|
Kamudiannya kami ke restaurant Pars untuk lunch sebelum ke hotel |
|
Salad, menu wajib di mana-mana sebagai pembuka selera (sangat banyak) |
Selepas lunch kami ke Hotel President untuk uruskan proses check in dan berehat
Dalam jam 7 petang, selepas dinner kami berdua decide untuk berjalan-jalan ke Syntagma Square
Dari hotel ke Syntagma Square agak jauh dalam 30-40 minit berjalan tapi kalau nak naik metro pun boleh
Kami berjalan je dan waktu balik baru tahan taxi ke hotel
|
Muka Pasrah kena hadap sayur
|
At least yang ni ada kuah :) |
|
Ke Syntagma Square la kita |
|
|
Sculpture Dromeas the Runner yang diperbuat daripada glass |
|
Salah satu metro station sekitar Athens |
|
Hotel Grande Bretagne yang 5 bintang berdekatan Syntagma Square |
|
Guard at Hellenic Parliament, kat sini ada guard changing ceremonies tapi waktu pagi Ahad sahaja |
Berhadapan parliament inilah terletaknya Syntagma Square
Tak da apa yang menarik pun, just tempat orang duduk-duduk bersantai dan ada fountain
|
Macam-macam jenis olive ada |
|
Mai lah singgah kedai saya~ |
|
Monastiraki |
KALAMBAKA (KALABAKA)
Dari Athens ke Kalambaka mengambil masa kira-kira 4 jam
Di Kalambaka terletaknya Meteora, tempat beribadat Kristian Orthodox dan ianya dibina di atas batuan tinggi Gunung Batu Athos
Meteora juga adalah salah satu tapak UNESCO dan dinobatkan antara tempat paling cantik di dunia
Sebelum Perang Dunia II, terdapat hampir 26 buah monastery di Meteora tetapi akibat kemusnahan hanya 6 sahaja yang terselamat dan telah dijadikan museum untuk pelancong
Waktu berada di sini, tour guide banyak explain pasal keagamaan dan erti disebalik lukisan dinding monastery jadi agak boring sebab panjang sangat, info pun masuk tak masuk je
Tapi seriously permandangan dari atas ni sangat cantik dan berbaloi walaupun jalan naik macam ular kena palu
Selesai lawatan di Meteora, kami check in di Divani Meteora Hotel yang terletak di pekan Trikala, berehat-rehat untuk perjalanan ke Macedonia esokkannya
Assalam..sis tq for sharing this..boleh tau sis pegi ngan agency ape ye? Kalau x keberatan email sy wzaryn@gmail.com
ReplyDelete