September 02, 2014

Kami Ke Korea : Seoul | Nami Island

8 Ogos 2014 | Jumaat

Selepas bergroupie di Gangchon Rail Park, next destination ialah Nami Island 
Nak ke Nami Island, kena turun di Gapyeong Station iaitu selang 3 station patah balik dari Gimyujeong Station
Bila keluar dari Gapyeong Station boleh choose sama ada nak naik shuttle bus or taxi
Nami Island wharf atau jetty tu tak jauh dari station dalam 10 minit camtu
Kami decide naik taxi je :)

Quack~
Sekali lagi jangan risau tentang language barrier!
Kan da selalu tengok K-drama la K-pop la 
"Ahjussi, annyeonghaseyo. Namiseom?~~"
Ahjussi cakap ok haha vroom vrooom
Tiket ke Nami Island 8,000 won per person


















Haaa lawa kan Nami Island ni 
Lepas pusing-pusing kami pergi solat di Musolla yang disediakan di dalam Nami Library, tingkat atas
Tempat solat pun bersih dan selesa 






Keluar Nami Library terus ke kiri untuk makan di Drama Cafe!



Nasi gongcang yang famous tu harga 5,000 won (nama kat menu bukan main panjang)
Nasi goncang tu rasa biasa aja
Kalau tak kenyang lagi boleh try pancake dan red bean sherbet~


Lepas makan sambung lagi berjalan
Sampai petang duk sini
Kalau tak panggil balik memang ke malam jawabnya
Di sini ada souvenir shop, harga untuk set fridge magnet murah juga







Ok bye bye Namiseom!
Kalau ada rezeki lagi, kami akan datang untuk autumn atau winter pula
shy-red-crab

Kami Ke Korea : Seoul | Gangchon Rail Park

8 Ogos 2014 | Jumaat

Hari ini bermulalah cabaran sebenar kami
Dengan berpandukan entry dari bloger-bloger, website Korea Tourism Organization (KTO) dan yang paling wajib ialah Jihachul (Korea Subway) apps!
Rasanya kalau tak de Jihachul app ni memang ke laut la kami
Dengan application ni juga, korang boleh berlagak (sikit-sikit) dengan local people sebab macam hebat je kan turun naik subway sambil touch t-money
Cuma mula-mula nak mengaplikasikan Jihachul dalam real situation ni loading sikit sampai ada ahjussi, oppa, unnie tolong escort hari first haha
Lama-lama bile da adapt ok lah 



Rupanya local pun tak berapa familiar dengan tempat lain kecuali tempat yang mereka biasa pergi tu yang oppa tengok peta cari location di board sementara unnie google map ahahaha

Destinasi ni agak jauh dari bandar Seoul
Dari Ewha Womens University Station ke Gimyujeong Station makan masa hampir 2 jam!
Gangchon Rail Park ni boleh naik di mana-mana 3 station (Gimyujeong Station, Gangchon Station dan Gyeonggang Station)
Kami turun di Gimyujeong Station sebab pintu masuk rail park betul-betul dekat, belah kanan station
Akhirnya selamat sampai~~














Tempat rail park ni sangat cantik, serius!
Waktu tengok episod Running Man kat sini terus simpan hajat nak datang kayuh kereta beroda tu haha
Tapi waktu ni cuaca saaaangat panas dan harga tiket pun macam mahal dan alasan lain ialah kalau kayuh tengah-tengah hari ni confirm berpeluh semua
Kalau musim spring mungkin okay nak kayuh jauh-jauh
Jadi kami sepakat untuk ke next destination haha~

Kami Ke Korea : Seoul | Check in Shinchon Hostel

7 Ogos 2014 | Khamis

Hal-hal berkenaan penginapan baik di Seoul, Jeju-do atau Busan, kami settlekan sebelum bulan puasa lagi melalui agoda.com dan booking.com
So bila dah beres di balai ketibaan, kami proceed to information counter dan grab seminima mungkin pamphlets serta brochures
For the next 5 days, kami pilih untuk stay di Shinchon Hostel (SH) yang terletak di kawasan Ewha Womens University (Edae)
Untuk ke SH kita boleh naik subway, bus atau taxi
Yang bezanya ialah cost dan tahap keselesaan
Setelah ditambah tolak limousine bus la yang sesuai dan stop dekat dengan hostel
Airport limo bus ni sama macam airport coaches di KLIA
Harga pun sama, RM10 cuma 10,000 won mahal sikit la
Awal-awal lagi memang tak reti ber-hangul jadi jalan penyelesaian adalah dengan menunjuk print-out nama destinasi SH iaitu Ewha Womens University bus stop (이대역 버스정류장)
Kaunter tiket airport bus ada di luar main exit no 4 
Takpun nanti staff kat situ tolong tunjukkan arah, don't worry
Senang cerita, direction, room rate, facilities hostel semua boleh view di website Shinchon Hostel



Pendapat peribadi:
So far so good
Hehe sebab SH ni dekat dengan bus stop, subway station, convenience store, kedai makan, kedai baju, kedai bag kira memang best la location dia dengan suasana budak-budak uni
Boleh masuk tengok-tengok kawasan Ewha Womens Uni sebab dekat
Kedai makan yang best-best pun banyak area ni
Kalau jalan waktu malam insyaAllah selamat sebab kiri kanan banyak kedai-kedai yang tutup lambat tapi kami selalu beringat dan paling lambat kami balik dalam 10pm
Walaupun ruangan dia agak sempit berbanding dalam gambar tapi alhamdulillah selesa untuk berehat
Staff pun friendly dan helpful
Boleh guna washing machine, free wifi, international call
Paling best rancangan tv, malam-malam tengok The Return of Superman dan Running Man walaupun takde subs