Perjalanan dari Jogjakarta ke Bandung tidaklah seselesa macam sebelum ini
Sebabnya seat train tak best, waaa sedih~
Ingatkan business class tu bunyi dah macam selesa rupa-rupanya hurm
Walaubagaimanapun harga tiket business class ni lagi murah (sedapkan hati)
Pada sebelah petang setelah berehat-rehat, kami jalan-jalan di sekitar bandar Bandung terutamanya di Pasar Baru Trade Center dan Jalan Asia Afrika. Kemudian kami ke Cihampelas Walk (CiWalk) untuk dinner. Di Cihampelas Walk terdapat macam-macam, kedai makan pun banyak, best oo~
Janji sampai Alhamdulillah :) |
Kalau ke Bandung, antara tempat perlancongan yang popular adalah Tangkuban Perahu dan Kawah Putih
Kedua-dua tempat mempunyai keunikan masing-masing
Tetapi menurut sumber, di Tangkuban Perahu terdapat ramai touts berbanding di Kawah Putih
Malah pak supir juga turut mencadangkan untuk ke Kawah Putih
Dan satu lagi tolonglah jangan ke Bandung waktu peak season!
Kebetulan hari kami di Bandung adalah public holiday sempena hari kemerdekaan Indonesia ke-70
Arghh seharian kami dalam kereta sebelum sampai ke sana, punyalah berduyung-duyung kereta, bus, motorsikal atas jalan raya, malah kereta kuda pun ada hah!
Tapi alhamdulillah selamat sampai dan ya, cantik dan unik kawasannya dan bau belerang yang sangat kuat haha
Akhirnya..akhirnya.. |
Turun tangga untuk ke kawasan kawah |
Serbuk belerang untuk dijual |
Haa camgitulah waktu di Bandung
Tak banyak tempat dapat singgah sebab jalan macet!
Hari esoknya kami bertolak ke Jakarta :)
No comments:
Post a Comment
Comment :)