August 11, 2015

Kami ke Indonesia : Jakarta - Jogjakarta - Bandung

Alhamdulillah bulan Ogos kali ini, kami di Sri Pekan berpeluang bercuti ke Tanah Jawa, (Jakarta-Jogjakarta-Bandung-Jakarta) selama 10 hari
Ini adalah projek bulan Ogos kali ke-2 selepas Korea Selatan tahun lepas
Memandangkan tiada kemudahan lrt/subway di Indonesia, perjalanan dari satu tempat ke satu tempat agak limited dan kebanyakannya kami sewa kereta plus pak supir per day atau becak

Kami berlepas dari KLIA2 jam 1300 dan tiba di Terminal 2D, Soekarto-Hatta International airport jam 1405 waktu tempatan
Keluar saja dari balai ketibaan, kami lunch, beli local simcard dan terus ke musolla
Soekarto-Hatta International airport ni macam airport Kota Bharu, sedang-sedang je



Ini je kaunter pertanyaan yang ada, peta atau pamphlet pun tak de
Walaupun musolla kecil, tapi sangat bagus sebab ada tempat simpan bag dan kasut
Musolla tingkat 2 hujung sekali 

Selepas selesai makan dan solat kami beratur tunggu teksi untuk ke Stesen Gambir bagi meneruskan perjalanan ke Jogjakarta
Di luar airport ada banyak jenis teksi, ada yang biasa-biasa dan yang grand pun ada
Teksi blue bird ni ramai yang suggest sebab murah compare teksi group lain
Tapi terpulanglah~
Ramai betul orang waktu kami tengah queue di line blue bird ni, kawasan teksi lain kosong
Mujur dalam jam 5.30 camtu kami dah dapat teksi, lega~

Dari airport ke Stesen Gambir ambil masa 45 minit!
Punyalah jauh ingatkan dekat je
Tambah pula jammed (pakcik driver sebut macet) orang balik kerja
Cuak juga takut tertinggal train
Lagi satu yang menarik waktu naik teksi ialah  kita penumpang kena bayarkan tol
Ingatkan dah termasuk dalam total nak bayar nanti, mulalah menggelabah cari 14,000 rupiah dalam bag ahaha

Stesen Gambir ni terletak betul-betul di sebelah Tugu Monash
Waktu kami sampai jam 6.15 dah gelap jadi kami terus print tiket train di kiosk
Macam kiosk tiket flight, macam tulah kiosk tiket train ni
Key-in booking code, enter, nanti mesin tu printkan actual tiket train
Tiket train ni kami booking di website Tiket.com, proses booking sangat senang











Patutlah ramai yang cadangkan ambil seat eksekutif berbanding seat lain
Sebab memang selesa untuk perjalanan yang memakan masa 8 jam nanti
Siap ada bantal mini dan selimut lagi
Memang sangat-sangat selesa
Jadi tidurlah dulu ya~

No comments:

Post a Comment

Comment :)