August 12, 2015

Kami Ke Indonesia : Jogjakarta

Dalam 5 pagi kami selamat tiba di stesen kereta api Tugu Jogjakarta
Rehat dan solat subuh dulu sebelum ke Nueve hotel dengan menaiki becak yang berada di hadapan stesen, satu becak di charge 35,000 rupiah
Nueve hotel terletak dalam 5 minit jalan kaki dari Jalan Malioboro
Disebabkan kami sampai awal dan belum dapat check in, kami minta staff hotel call kan pak supir untuk day tour di Jogjakarta





Pak Budi merangkap pak supir tiba jam 9 pagi dan kami memulakan perjalanan ke candi Borobudur, salah satu tarikan perlancongan dan tapak UNESCO di sini
Harga bagi local dan international tourist sangat-sangat jauh gila beza, ingatkan dengan muka nak sama bolehlah masuk dengan harga local tapi staff kaunter awal-awal lagi minta id, tak dapat nak tolong haha
Tapi mujur ada student card, harga dapat la kurang sikit, sikit jelah
Yang tak cool, tourist international kena pakai kain selendang di pinggang, hurmm
Dengan kawasan yang luas dan cuaca yang panas kami menaiki kereta taman untuk ke tapak Borobudur sebelum mendaki tangga ke atas















Destinasi seterusnya selepas makan tengah hari dan solat jamak ialah ke kaki Gunung Merapi, antara gunung berapi yang teraktif di Tanah Jawa
Di sini para pelawat dapat merasai pengalaman menaiki jeep serta melihat sendiri kawasan-kawasan yang terlibat dalam letusan gunung merapi pada tahun 2010









Pada keesokkannya kami jalan-jalan di Jalan Malioboro dan melawat ke kawasan Kraton seperti Museum Kareta Karaton, Sultan Palace, Taman Sari dan Masjid bawah tanah






















Hari terakhir kami di Jogjakarta kami singgah di Vredeburg sebelum ke Gunung Pindul untuk aktiviti tubing, singgah di Pantai Inderayanti dan sebelah malamnya ke alul-alun kidul yang sangat meriah sebelum pak Budi drop di stesen kereta api untuk meneruskan perjalanan ke Bandung





















Overall, Jogjakarta memang best!
Banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati ^^

1 comment:

Comment :)