Di Jakarta, kami stay di Zest Hotel yang tak jauh dari airport
Zest Hotel ni best la juga sebab tepi mall, bilik kemas dan selesa, free shuttle bus ke airport pun ada
Cuma yang tak berapa nak best jarak ke bandar jauh sikit
Jadi nak senang kami pakai khidmat pak supir untuk dua hari
Destinasi pertama semasa di Jakarta ialah ke Taman Mini Indonesia Indah (TMII)
Kawasan TMII ni sangat luas dan di sini terdapat pelbagai bentuk replika yang memaparkan budaya dan ciri-ciri setiap daerah, rumah ibadat, museum etc
Cable car pun ada dan memang besar lah tempat ni, pusing satu hari belum tentu habis
Haa tudia orang Papua ! |
Dalam TMII ni pun ada masjid jadi senang jamak terus sebelum pergi makan
Lunch hari ini special sikit sebab jarang ada di tempat kita
Bebek goreng!
Punyalah empuk dan lembut
Dengan sambal fuhh berasap telinga makan
Bebek ni itik bukan kambing walaupun bunyi tu nak sama bekk bekk
Memang sedap sehingga menjilat jari |
Sebelah petang pula kami singgah di Masjid Istiqlal sebelum pergi beriadah di Lenggang Jakarta
Tempat ni ada jual macm-macam, serta bersebelahan dengan square Tugu Monash
Dekat Tugu Monash ni ramai orang tengah lepak dan beriadah ambil angin petang
Nak dekat magrib Tugu Monash ni akan berlampu-lampu, cantik!
Pada hari terakhir kami hanya pergi main basikal pusing-pusing di dataran depan post office dan lepas tu ke Mangga Dua dan juga Tanah Abang
Cuci mata katakan, dan secara peribadi pakaian di Tanah Abang lebih up to date
Blouse pun cantuk-cantik, memang rambang mata!
Oh dan jangan lupa take care of your bag/purse okay, tu pak supir yang pesan
Haa cam gitu jelah 10 hari kami di Jakarta - Jogjakarta - Bandung
Part best bila dapat travel dengan train dan Jogjakarta paling best antara tiga bandar tu
Okaylah permisi dulu ya~
No comments:
Post a Comment
Comment :)