September 02, 2014

Kami Ke Korea : Seoul | Check in Shinchon Hostel

7 Ogos 2014 | Khamis

Hal-hal berkenaan penginapan baik di Seoul, Jeju-do atau Busan, kami settlekan sebelum bulan puasa lagi melalui agoda.com dan booking.com
So bila dah beres di balai ketibaan, kami proceed to information counter dan grab seminima mungkin pamphlets serta brochures
For the next 5 days, kami pilih untuk stay di Shinchon Hostel (SH) yang terletak di kawasan Ewha Womens University (Edae)
Untuk ke SH kita boleh naik subway, bus atau taxi
Yang bezanya ialah cost dan tahap keselesaan
Setelah ditambah tolak limousine bus la yang sesuai dan stop dekat dengan hostel
Airport limo bus ni sama macam airport coaches di KLIA
Harga pun sama, RM10 cuma 10,000 won mahal sikit la
Awal-awal lagi memang tak reti ber-hangul jadi jalan penyelesaian adalah dengan menunjuk print-out nama destinasi SH iaitu Ewha Womens University bus stop (이대역 버스정류장)
Kaunter tiket airport bus ada di luar main exit no 4 
Takpun nanti staff kat situ tolong tunjukkan arah, don't worry
Senang cerita, direction, room rate, facilities hostel semua boleh view di website Shinchon Hostel



Pendapat peribadi:
So far so good
Hehe sebab SH ni dekat dengan bus stop, subway station, convenience store, kedai makan, kedai baju, kedai bag kira memang best la location dia dengan suasana budak-budak uni
Boleh masuk tengok-tengok kawasan Ewha Womens Uni sebab dekat
Kedai makan yang best-best pun banyak area ni
Kalau jalan waktu malam insyaAllah selamat sebab kiri kanan banyak kedai-kedai yang tutup lambat tapi kami selalu beringat dan paling lambat kami balik dalam 10pm
Walaupun ruangan dia agak sempit berbanding dalam gambar tapi alhamdulillah selesa untuk berehat
Staff pun friendly dan helpful
Boleh guna washing machine, free wifi, international call
Paling best rancangan tv, malam-malam tengok The Return of Superman dan Running Man walaupun takde subs

No comments:

Post a Comment

Comment :)