August 14, 2015

Kami Ke Indonesia : Jakarta

Di Jakarta, kami stay di Zest Hotel yang tak jauh dari airport
Zest Hotel ni best la juga sebab tepi mall, bilik kemas dan selesa, free shuttle bus ke airport pun ada
Cuma yang tak berapa nak best jarak ke bandar jauh sikit
Jadi nak senang kami pakai khidmat pak supir untuk dua hari

Destinasi pertama semasa di Jakarta ialah ke Taman Mini Indonesia Indah (TMII)
Kawasan TMII ni sangat luas dan di sini terdapat pelbagai bentuk replika yang memaparkan budaya dan ciri-ciri setiap daerah, rumah ibadat, museum etc
Cable car pun ada dan memang besar lah tempat ni, pusing satu hari belum tentu habis










Haa tudia orang Papua !





Dalam TMII ni pun ada masjid jadi senang jamak terus sebelum pergi makan
Lunch hari ini special sikit sebab jarang ada di tempat kita
Bebek goreng!
Punyalah empuk dan lembut
Dengan sambal fuhh berasap telinga makan
Bebek ni itik bukan kambing walaupun bunyi tu nak sama bekk bekk





Memang sedap sehingga menjilat jari
Sebelah petang pula kami singgah di Masjid Istiqlal sebelum pergi beriadah di Lenggang Jakarta
Tempat ni ada jual macm-macam, serta bersebelahan dengan square Tugu Monash
Dekat Tugu Monash ni ramai orang tengah lepak dan beriadah ambil angin petang
Nak dekat magrib Tugu Monash ni akan berlampu-lampu, cantik!





Pada hari terakhir kami hanya pergi main basikal pusing-pusing di dataran depan post office dan lepas tu ke Mangga Dua dan juga Tanah Abang
Cuci mata katakan, dan secara peribadi pakaian di Tanah Abang lebih up to date
Blouse pun cantuk-cantik, memang rambang mata!
Oh dan jangan lupa take care of your bag/purse okay, tu pak supir yang pesan









Haa cam gitu jelah 10 hari kami di Jakarta - Jogjakarta - Bandung
Part best bila dapat travel dengan train dan Jogjakarta paling best antara tiga bandar tu
Okaylah permisi dulu ya~

August 13, 2015

Kami Ke Indonesia : Bandung

Perjalanan dari Jogjakarta ke Bandung tidaklah seselesa macam sebelum ini
Sebabnya seat train tak best, waaa sedih~
Ingatkan business class tu bunyi dah macam selesa rupa-rupanya hurm
Walaubagaimanapun harga tiket business class ni lagi murah (sedapkan hati)



Janji sampai Alhamdulillah :)
Pada sebelah petang setelah berehat-rehat, kami jalan-jalan di sekitar bandar Bandung terutamanya di Pasar Baru Trade Center dan Jalan Asia Afrika. Kemudian kami ke Cihampelas Walk (CiWalk) untuk dinner. Di Cihampelas Walk terdapat macam-macam, kedai makan pun banyak, best oo~



Kawtim beli kain telekung

Alun-alun Bandung
Masjid Raya Bandung







Kalau ke Bandung, antara tempat perlancongan yang popular adalah Tangkuban Perahu dan Kawah Putih
Kedua-dua tempat mempunyai keunikan masing-masing
Tetapi menurut sumber, di Tangkuban Perahu terdapat ramai touts berbanding di Kawah Putih
Malah pak supir juga turut mencadangkan untuk ke Kawah Putih
Dan satu lagi tolonglah jangan ke Bandung waktu peak season!
Kebetulan hari kami di Bandung adalah public holiday sempena hari kemerdekaan Indonesia ke-70
Arghh seharian kami dalam kereta sebelum sampai ke sana, punyalah berduyung-duyung kereta, bus, motorsikal  atas jalan raya, malah kereta kuda pun ada hah!
Tapi alhamdulillah selamat sampai dan ya, cantik dan unik kawasannya dan bau belerang yang sangat kuat haha



Akhirnya..akhirnya..



Turun tangga untuk ke kawasan kawah
Serbuk belerang untuk dijual










Haa camgitulah waktu di Bandung
Tak banyak tempat dapat singgah sebab jalan macet!
Hari esoknya kami bertolak ke Jakarta :)