October 08, 2014

Kami Ke Korea : Byeee Korea!!

20 Ogos 2014 | Rabu

Hari ni last day kami di Korea Selatan
Memandangkan flight kami petang, jadi awal pagi tu kami jalan pusing-pusing kawasan dekat hotel K-pop ni mana tau kot-kot jumpa GD ke Kwang Soo ke




Jalan punya jalan jumpa kedai gimbab ahjumma ni
Duk usha-usha pastu tanya gimbab yache (vegie) sahaja boleh ke, ahjumma tak pandai english tapi sangat baik!
Bersungguh-sungguh tunjuk ingredient sayur dia semua, dah macam rancangan memasak dah
Setiap kali nak letak tuna, timun atau sayur lain mesti double confirm dengan kitaorang sambil tanya ok? ok? haha
Gimbap ahjumma ni sangat-sangat sedap
Harap-harap dapat datang lagi ke sini dan cari kedai gimbap ahjumma ni ^^









Lepas breakfast dan check out, kami ke Incheon international airport dengan taxi
Sebab baru lepas makan, semua orang tidur dengan lena haha
Dari Seoul ke Incheon tak pasti la jauh ke tidak tapi ahjussi singgah satu tempat sebab dia nak minum coffee dan ke toilet
Mesti mengantuk sebab tengok semua orang tidur kan kan
Tempat ni sangat lawa dan ok la juga ahjussi singgah kat sini
Boleh bergambar lagi~








Landmark tempat ni ada bear yang amat besar





Continue the journey to airport









Annyeong~~
The end la journey kami ke Korea Selatan selama 2 minggu yeay!
Alhamdulillah dapat tengok negara orang, culture, penduduknya yang ramah, masjid Itaewon yang gah, Nami island yang popular dalam drama, makanan korea yang boleh lah, try hanbok free dan banyak lagi
Semua tempat best tapi yang paling tak boleh lupa waktu di Jeju-do
Memang bersyukur sangat dapat survive hahaha
Dengan duit RM tak diterima di money changer, last minit cari taxi tour, gamble nak balik sendiri dari maze park, makan rice instant hari-hari etc etc
Tapi last-last sorang idol k-pop pun tak jumpa huh!

Antara souvenir dari Korea Selatan yang bawa balik:





Oh stoking semua cute miut
Rasa nak borong semua bawa balik untuk semua orang, satu 1,000 won!

green scarf 42

October 07, 2014

Kami Ke Korea : Seoul | Namsan Tower

19 Ogos 2014 | Selasa

Pada sebelah petang, kami ke Namsan Tower, salah satu landmark di Korea
Ia macam KL Tower dan KLCC jadi kalau tak pergi singgah rasa macam tak syok
Cara ke Namsan Tower ni ada banyak, sama ada dengan shuttle bus atau cable car

Sebab tak sempat study part shuttle bus, kami naik/turun dengan cable car 
Sebelum sampai ke cable car station, kena naik Namsan Oreumi elevator dulu, elevator ni free je dan comel berkotak 

Direction ke sini ialah dari Myeongdong station (Exit 3) jalan straight aje sampai ada selekoh, Namsan Oreumi elevator akan nampak di sebelah kanan
Bila dah ada kat tempat elevator ni, just follow the flow sebab kebanyakkan yang jumpa memang sama-sama nak ke Namsan Tower

Di Namsan Tower, kami jumpa ramai warga Malaysia, seronok betul
Ada yang layan, ada yang malu-malu tak layan
Hahaha












Team Taekwondo dari Malaysia







Kawan baru, amoi dari China

Yang kelakar, sebab Moya & Moja ada payung, amoi pun pinjam payung juga untuk bergambar


Gambar tak banyak pun sebab bila malam kamera tak berapa nak power ^^
Kami tak naik deck atas sebab hari pun dah malam dan tiket pun mahal
View dari bawah pun ok dah haha
Instead, kami masuk souvenir shop beli keychain, poskad dan fridge magnet
Harga souvenir agak murah, terutama fridge magnet dan poskad (1,000 won)
Balik pun kami ikut jalan yang sama, senang
well-done-red-crab