March 17, 2016

Rantau Balkan : Albania - Tirana

Tirana merupakan ibu negara bagi Albania dan kami singgah di Albania tidak lama
Setibanya di sempadan Albania, banyak bunker didapati di sekitar kawasan
Di sini, kami hanya di bawa melawat ke Skanderbeg Square, Et'hem Bey Mosque untuk solat sebelum pergi makan tengah hari
Apa yang menarik untuk di kongsi, di masjid Et'hem Bey, tempat mengambil wuduk hanya satu ruang di tingkat bawah masjid dan bercampur lelaki dan perempuan
Begitu juga tempat ruang solat perempuan iaitu secara terbuka kemungkinan tak ramai kaum perempuan yang solat di masjid berkenaan dan ketika kami hendak solat hanya di buat tirai paras pinggang sahaja hehehe
Dan di luar masjid terdapat sangat ramai orang yang meminta sedekah (gaya macam gypsy) dan budak-budak yang menjual pen dan key-chain
Budak-budak yang menjual-jual ni memang persistent, sampai ke restaurant pun diaorang ikut 
Nak snap pic di Skanderbeg Square pun menyelit haha


Bunker 



Dalam masjid Et'hem Bey
The Clock Tower





Skanderbeg Square with local kiddo hehe










Today's menu





Bunker dari dekat dan boleh masuk ke dalam



Selepas lunch kami meneruskan perjalanan ke negara Montenegro dan bermalam di sana
Overall di Albania ni tak banyak yang dapat dikongsi dan dilihat memandangkan kami singgah di Tirana hanya untuk solat dan makan tengah hari sahaja
Ada rezeki mungkin boleh datang lagi :)

March 10, 2016

Rantau Balkan : Macedonia - Ohrid

Selepas bersarapan, kami bertolak ke Ohrid, Macedonia dan sampai dalam jam 11 pagi
Memang sangat-sangat cantik bandar Ohrid ni, environmentnya bersih dan nyaman
Penduduknya pun peramah, ada seorang pakcik di luar post office tolong carikan post box untuk saya masukkan postcard tetapi rupa-rupanya post box di luar post office dah tak ada dan pakcik tu siap masuk post office bertanya kepada staff lagi, sangat baik pakcik tu walaupun dia boleh je ignore dan biarkan saya terkapai-kapai di luar post office haha
Kami juga berkesempatan menaiki cruise menyusuri Ohrid Lake, cruise ni besar dan mengambil masa agak lama juga untuk habiskan lake tour tu
Semasa atas cruise bila tengok snowy mountain dari jauh, jadi jakun kejap, Subhanallah sangat cantik!  
Kami stay di Ohrid semalaman sahaja dan esoknya meneruskan perjalanan ke Tirana, Albania

Border Greece - Macedonia
Cantik kan? Sangat mengagumkan bile tengok depan mata sendiri!



Tiba di restaurant untuk makan tengah hari

Soup and bread
Big portion of salad hehe
Our lunch for today yummeh! :)
Hadzi Turgut Mosque

Ohrid town yang terletak si tepi tasik dan banyak kedai-kedai di kiri kanan jalan






Cruise ticket 5 euro per person








Permandangan bandar Ohrid dari cruise

Snowy mountain and Lake Ohrid! 

Ohrid Post Office
Sending a postcard is a must

Belvedere Hotel

Pilihan poskad kat sini tak banyak sangat tapi bolehlah haha



"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kami. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang berpengetahuan"
Ar-Rum : 22.