March 17, 2016

Rantau Balkan : Albania - Tirana

Tirana merupakan ibu negara bagi Albania dan kami singgah di Albania tidak lama
Setibanya di sempadan Albania, banyak bunker didapati di sekitar kawasan
Di sini, kami hanya di bawa melawat ke Skanderbeg Square, Et'hem Bey Mosque untuk solat sebelum pergi makan tengah hari
Apa yang menarik untuk di kongsi, di masjid Et'hem Bey, tempat mengambil wuduk hanya satu ruang di tingkat bawah masjid dan bercampur lelaki dan perempuan
Begitu juga tempat ruang solat perempuan iaitu secara terbuka kemungkinan tak ramai kaum perempuan yang solat di masjid berkenaan dan ketika kami hendak solat hanya di buat tirai paras pinggang sahaja hehehe
Dan di luar masjid terdapat sangat ramai orang yang meminta sedekah (gaya macam gypsy) dan budak-budak yang menjual pen dan key-chain
Budak-budak yang menjual-jual ni memang persistent, sampai ke restaurant pun diaorang ikut 
Nak snap pic di Skanderbeg Square pun menyelit haha


Bunker 



Dalam masjid Et'hem Bey
The Clock Tower





Skanderbeg Square with local kiddo hehe










Today's menu





Bunker dari dekat dan boleh masuk ke dalam



Selepas lunch kami meneruskan perjalanan ke negara Montenegro dan bermalam di sana
Overall di Albania ni tak banyak yang dapat dikongsi dan dilihat memandangkan kami singgah di Tirana hanya untuk solat dan makan tengah hari sahaja
Ada rezeki mungkin boleh datang lagi :)

No comments:

Post a Comment

Comment :)