September 30, 2014

Kami Ke Korea : Jeju-do | Seopjikoji

29 Ogos 2014 | Selasa

Tempat ketiga kami lawati ialah Seopjikoji
Tempat ni pun sangat cantik tepi laut dan famous filming site untuk drama-drama tapi kami tak pernah tertengok pun 
30 min je Mr Lee kasi, sapa tak marah haha




Waktu kami pergi, gereja yang sebelumnya dah bertukar rupa menjadi macam Hansel and Gretel cookie house
Rasa macam nak makan je, comel sangat!
Area ni juga ada light house tapi kami tak sempat nak daki



September 29, 2014

Kami Ke Korea : Jeju-do | Seongsan Iichulbong

12 Ogos 2014 | Selasa

Ni tempat favorite sebab tempat ni sangat cantik MasyaAllah
Memang wajib pergi walau sekali
Tapi malangnya kat sini pun Mr Lee kasi sejam
Dia cakap 30 min naik 30 min lagi turun gunung
Haha memang tak lah nak naik gunung yang tinggi tu dalam masa sejam
Jadi round area bawah sajalah sigh










Sebelum balik singgah kedai souvenir di luar




Di luar ni Mr Lee da siap menunggu nak bawa kitaorang pergi makan
Mr Lee dah sedia maklum kita muslim boleh makan makanan halal dan yang berasaskan seafood aja sebab sebelum ni pun dia dah pernah bawak orang dari Malaysia Indonesia
Kedai makan ni tak jauh pun, depan tu aja
Waktu ni kami macam salah percaturan, sebab pilih set menu yang harga sama mahal upah Mr Lee sehari
Padahal banyak lagi tempat nak pergi jalan esok lusa
Haha Mr Lee awal-awal da memang  suggest ambil a la carte then tambah nasi per person
Tapi tah macam mana terpilih yang set tu
Mujur laa makanan semua abis dan maybe kene makan megi next day hee~






Gendang gendut tali kecapi 
Kenyang perut suka hati

September 28, 2014

Kami ke Korea : Jeju-do | Manjanggul Lava Tube

12 Ogos 2014 | Selasa

OK sebelum bertolak mari berkenalan dengan Mr Lee merangkap driver, guide, photographer etc
Mr Lee ni kemungkinan stuntman dalam Fast and Furious, bawa kereta bukan main laju
Maybe nak kejar masa tapi tak tau lah haha



Awal Mr Lee sampai, sebelum 9 pagi lagi dah ada kat bawah
Lepas check out kami teruskan perjalanan ke first attraction
Mr Lee ni tak la fluent sangat english
Tapi Alhamdulillah kitaorang boleh communicate with each other dengan konglish hihi
Ayat-ayat basic tu ok 
Tengok siap boleh bergelak ketawa lagi 



Dari hotel ke sini ambil masa dalam sejam
Manjanggul Lava Tube ni adalah salah satu tapak UNESCO
Bayaran masuk 8,000 won/person





Dalam ni sejuk, berair dan licin
Air menitik atas kepala
Kitaorang jalan separuh je sebab Mr Lee kasi masa sejam kat sini
Tak puas nak bergambar tengok-tengok dah sejam kat sini
Cepat masa berlalu
Macam ni la kalau ikut tour ada specific waktu yang perlu ikut compare kita pergi sendiri

September 27, 2014

Kami Ke Korea : Jeju-do | Goodstay December Hotel

11 Ogos 2014 | Isnin

December Hotel ni terletak di Jeju-si ataupun bandar Jeju
Kami ke hentian teksi di luar airport dan tunjuk alamat hotel ke ahjussi 
Sampai hotel terus check in dan masuk bilik rehat solat sebab jap lagi nak jalan-jalan sekitar hotel cari makan malam




Waktu keluar ni pun da 6 petang lebih
Jalan punya jalan kedai makan halal atau seafood pun tak nampak
Tengah hari tadi da lunch Lotteria di airport jadi tak ada la kebulur sangat
Otw balik mujur jumpa Paris Baguette, bolehla makan roti malam ni
Ok la dari tak ada haha
Kedai pun dah banyak tutup dah time tu







Plan kami esok nak ke Seogwipo city dan bermalam di sana tapi cara nak ke sana tak katam study pulak lagi
Sebabnya mula-mula plan nak sewa kereta pastu tak jadi pastu plan nak sewa teksi sehari tapi tak cari siapa pastu last-last tawakkal je
Aiyak masalah macam mana ni, dah la Jeju-do tak ada subway
Balik hotel tu terus minta tolong ahjussi di kaunter
Terkejut ahjussi tu sebab esok nak gerak malam ni baru tanya haha
Alhamdulillah mujurlah ahjussi ada contact sorang driver untuk half day tour (120,000 won untuk 8jam) sambil dia akan singgah beberapa tempat
Route map dari Jeju city ke Seogwipo city yang boleh pilih nak lalu route mana
Sedang serius berdiskusi
Syukur ahjussi dapat tolong walaupun last minit
Dapat tidur lena malam tu kuikui
Terima kasih ahjussi, saya akan review hotel pakcik kasi 5 bintang!
panda 40

September 26, 2014

Kami Ke Korea : Jeju-do | Jeju International Airport

11 Ogos 2014 | Isnin

Petang ni kami akan ke Jeju-do aka Pulau Jeju
Kitaorang check out hostel dan terus ke Gimpo Airport
Certain bag kami tinggalkan di hostel dan bawa yang patut je
Untuk ke Jeju-do, kami naik Jeju Air
Sebabnya smooth je waktu booking online
Itu pun hasil tunjuk ajar dari blog Sifusempoi hihi klik kat situ ok dan tq sifu! 
Sebab kami sampai awal, boleh la round airport dan pergi makan di Lotteria











Perjalanan lebih kurang sejam akhirnya sampai di Jeju-do
Alhamdulillah
Keluar terminal terus pergi kaunter information ambil broucher dan cari transport untuk ke hotel