October 08, 2014

Kami Ke Korea : Byeee Korea!!

20 Ogos 2014 | Rabu

Hari ni last day kami di Korea Selatan
Memandangkan flight kami petang, jadi awal pagi tu kami jalan pusing-pusing kawasan dekat hotel K-pop ni mana tau kot-kot jumpa GD ke Kwang Soo ke




Jalan punya jalan jumpa kedai gimbab ahjumma ni
Duk usha-usha pastu tanya gimbab yache (vegie) sahaja boleh ke, ahjumma tak pandai english tapi sangat baik!
Bersungguh-sungguh tunjuk ingredient sayur dia semua, dah macam rancangan memasak dah
Setiap kali nak letak tuna, timun atau sayur lain mesti double confirm dengan kitaorang sambil tanya ok? ok? haha
Gimbap ahjumma ni sangat-sangat sedap
Harap-harap dapat datang lagi ke sini dan cari kedai gimbap ahjumma ni ^^









Lepas breakfast dan check out, kami ke Incheon international airport dengan taxi
Sebab baru lepas makan, semua orang tidur dengan lena haha
Dari Seoul ke Incheon tak pasti la jauh ke tidak tapi ahjussi singgah satu tempat sebab dia nak minum coffee dan ke toilet
Mesti mengantuk sebab tengok semua orang tidur kan kan
Tempat ni sangat lawa dan ok la juga ahjussi singgah kat sini
Boleh bergambar lagi~








Landmark tempat ni ada bear yang amat besar





Continue the journey to airport









Annyeong~~
The end la journey kami ke Korea Selatan selama 2 minggu yeay!
Alhamdulillah dapat tengok negara orang, culture, penduduknya yang ramah, masjid Itaewon yang gah, Nami island yang popular dalam drama, makanan korea yang boleh lah, try hanbok free dan banyak lagi
Semua tempat best tapi yang paling tak boleh lupa waktu di Jeju-do
Memang bersyukur sangat dapat survive hahaha
Dengan duit RM tak diterima di money changer, last minit cari taxi tour, gamble nak balik sendiri dari maze park, makan rice instant hari-hari etc etc
Tapi last-last sorang idol k-pop pun tak jumpa huh!

Antara souvenir dari Korea Selatan yang bawa balik:





Oh stoking semua cute miut
Rasa nak borong semua bawa balik untuk semua orang, satu 1,000 won!

green scarf 42

No comments:

Post a Comment

Comment :)