April 11, 2016

Rantau Balkan : Bosnia & Herzegovina - Travnik & Bihac

Hari ini merupakan hari terakhir kami di negara Bosnia Herzegovina
Selepas bersarapan dan check out, kami memulakan perjalanan menuju ke Travnik
Di Travnik ni terdapat madrasah yang besar dan juga masjid tertua di Bosnia
Sesampai je kat sini, ternampak ramai budak-budak muda handsome serta ayu bertudung dan menurut mereka, mereka belajar Elci Ibrahim-Pasina Medresa berdekatan
Sebab masing-masing cantik sangat, ajaklah diaorang bergambar sekali
Kami juga sempat masuk melawat ke dalam tempat belajar mereka










Seterusnya kami ke Stari Grad / Old Town yang terletak di atas bukit
Penat juga waktu nak mendaki ke atas sambil melalui lorong-lorong kecil tapi sebab view kat atas ni cantik dan boleh nampak kawasan sekeliling, habis hilang penat lelah semua
Di Stari Grad ni juga terdapat museum yang menampilkan barang-barang traditional dan juga pakaian yang digunakan pada masa dulu kala, kedai souvenir pun ada















Selain itu, tarikan utama di Travnik ni ialah Plava Voda atau Blue Spring
Di sini, terdapat banyak cafe dan gerai-gerai makan di tepi anak sungai yang sangat jernih
Kami menikmati makan tengah hari di Plava Voda sebelum meneruskan perjalanan ke Jajce












Di Jajce, terdapat air terjun yang terletak di pinggir bandar iaitu Pliva Waterfalls
Kami hanya singgah sekejap untuk ambil-ambil gambar dan meneruskan semula perjalanan ke Bihac




Bihac adalah bandar yang terletak berdekatan dengan sempadan negara Croatia
Di sini sangat famous dengan aktiviti extreme seperti water rafting kerana mempunyai air sungai yang sangat deras iaitu Una river
Selain itu pengunjung boleh menikmati permandangan di Una National Park
Dalam perjalanan menuju ke Bihaj kami berhenti rehat untuk coffee break
Setibanya kami di Bihaj, kami bermalam di Strbacki Buk Hotel untuk satu malam sahaja dan keesokkannya bergerak ke Croatia
Di belakang hotel ni mengalirnya Strbacki Buk waterfalls, memang view yang awesome




Coffee break
Tepi jalan pun okay hehe

Tiba di Strbacki Buk Hotel

Strbacki Buk waterfalls di belakang hotel
Dinner macam-macam


No comments:

Post a Comment

Comment :)