April 17, 2016

Pengalaman Berkerja di Pesta Buku

Assalamualaikum

Pada 28 Mac bermulalah Pesta Buku Kelantan 2016 selama seminggu, sehingga 3 April di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu
Dan menariknya saya berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada crew-crew Pesta Buku tersebut sebagai cashier wuhuu~!
Pengalaman katakan lagipun memang dah lama teringin nak kerja di pesta buku / kedai buku sebab boleh usha-usha buku, pegang buku dan bau buku baru yang wangi ahaha



Jadi bila satu hari tu tertengok iklan open interview dimana part-time staff diperlukan, saya terus prepare apa yang patut dan pergi walk-in interview pada 27 Feb 2016
Waktu hari interview tu, punyalah ramai orang dalam 300 lebih calon hadir untuk 3 jawatan iaitu jurujual, juruwang dan kerani handheld
Sebelum di panggil masuk interview kena isi form jawatan apa kita nak pilih, maklumat diri dan saya pilih jawatan jurujual sebab macam lagi seronok dapat face-to-face entertain customer dan masa interview tu macam biasalah kena introduce ourself, tanya apa yang patut hehe
Lepas 2 minggu still tak ada panggilan, memang ingatkan dah tak dapat redha jelah tapi satu petang tu staff bahagian HR call dan offer untuk jawatan juruwang aka cashier
Oh apa lagi, cashier pun cashier lah janji dapat jadi part of the event Alhamdulillah

4 hari sebelum pesta buku saya bersama 34 bakal cashier yang lain menjalani kursus dan diajar prosedur cara-cara nak scan barang, nak tekan apa di keyboard untuk payment cash/credit card/BB1M, delete item, check roll paper or ink etc, jadi hari tu dapatlah belajar ilmu baru
Sehari sebelum pesta buku pula semua part-timers kena hadir di dewan untuk acara mengemas buku
Haha punyalah banyak stok-stok buku untuk disusunatur atas shelf
So menyimpanlah seharian kami di dewan and at the same time sangat nervous untuk the big day tomorrow


credit to SMO FB
credit to SMO FB
credit to SMO FB
credit to SMO FB
Dan hari-hari yang dinantikan pun tiba!
Datang sebelum jam 8 pagi untuk punch card dan ada briefing dari penyelia
Lepas tu dalam 8.30 pagi penyelia mula paggil nama sorang-sorang dan inform nombor kaunter yang kita perlu jaga, shift hari tu dan juga kasi duit float
 So bila dah di kaunter, masing-masing start kira duit float, make sure bag plastik cukup, paper roll ada dan so on
Paling tak boleh tahan part nak kira duit syiling 10 sen, punyalah banyak woi hahaha
Tepat jam 9 pagi, pintu dewan dibuka dan diserbu oleh pelajar-pelajar rombongan sekolah baik sekolah rendah mahupun sekolah menengah!
Yang ni pengalaman sangat berharga, jam 9 pagi hingga 12 tengah hari adalah waktu peak hour di kaunter-kaunter pembayaran begitu juga pada hari Jumaat
Macam tempat peperangan pun ada, dengan macam-macam ragam budak sekolah, ada yang tak queue, potong queue, duit tak cukup, merayu-rayu settlekan dia dulu sebab bus dah nak balik, semua adalah  sampai tertolak-tolak kaunter akak ni adik oii
Memang lucu dan sampai sekarang kalau ingat balik mesti nak gelak je
Dan bagi amatuer like me, first and second day were nightmare!
Sebabnya kena berdiri dari jam 9 pagi hinggalah abis shift either jam 6 petang or 10 malam
Rehat pun waktu lunch hour dan waktu solat zohor/asar/maghrib
Memang lepas balik kerja hari first tu terfikir kenapalah rajin sangat nak apply part-time hari tu hahaha sampai regret macam tu sekali


credit to SMO FB
credit to SMO FB

Last day untuk collect gaji hihi
Papepun pengalaman selama seminggu di pesta buku sangat best
Harap-harap ada lagi rezeki tahun depan dan seterusnya InsyaAllah~

happy soldier baby

2 comments:

  1. Gaji dia berapa eh? Sy pon berminat nk join nt..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila join. Penat tapi best, dapat pengalaman baru. Gaji waktu saya join tu total dapat dalam RM350 - RM380 tak silap. Setiap tahun ada. :)

      Delete

Comment :)