April 12, 2016

Rantau Balkan : Croatia - Dubrovnik, Plitvice National Park & Zagreb

Croatia adalah negara kelima dan terakhir di rantau Balkan yang kami lawati
Memandangkan keadaan Croatia yang memanjang dan terletak berdekatan dengan Montenegro dan Bosnia & Herzegovina, kami terpaksa cop passport masuk selepas melawat Budva di Montenegro untuk ke Dubrovnik, Croatia dan cop passport keluar ke Mostar, Bosnia & Herzegovina dan sekali lagi cop passport masuk selepas bermalam di Bihaj, Bosnia & Herzegovina untuk ke Plitvice National Park, Croatia



Dubrovnik yang turut tersenarai dalam UNESCO World Heritage Sites terletak di tepi persisiran pantai dan menghadap Laut Adriatik
Kawasan ini sangat popular di kalangan pelancong, malah turut digelar sebagai "Pearl of the Adriatic"
Yang paling best di sini ialah kita dapat lihat hampir semua bumbung untuk bangunan dan rumah warna merah, sangat mesmerising dan terasa macam dalam movie pula~
Di Dubrovnik kami walking tour dalam Old Town yang dikelilingi oleh kubu kemudiannya menaiki boat (10 euro per person) mengelilingi Lokrum island dan juga cable car (15 euro per person) untuk view scenery dari atas





















Pilih je nak yang mana sebab memang banyak booth boat ticket kat area pelabuhan ni hehe



Boat ni kecil je jadi cepat mabuk laut ahaha

















Plitvice Lakes National Park terletak dalam 15 minit dari bandar Bihaj, Bosnia & Herzegovina
Ia merupakan taman negara terbesar di Croatia dan juga semenanjung rantau Balkan
Memandangkan keadaannya yang luas terpaksalah trekking, mengah juga sampai berpeluh-peluh walaupun cuaca pagi ni sejuk dan hujan renyai-renyai haha
Suasana spring di taman negara ni sangat cantik MasyaAllah, terdapat banyak sangat air terjun
Ikon utama Plitvice Lakes National Park ni ialah beruang tapi tak jumpa pun beruang kat sini mungkin tengah berhibernasi lagi
Waktu di sini, ramai juga pelancong yang datang
Route untuk trekking pun ada banyak jadi boleh pilih nak ikut route yang mana okay



Mulakan pagi ini dengan berjalan~









Selepas berjalan, naik bot pula ke seberang lepas tu sambung jalan lagi haha 








Air crystal-clear!







Sangat-sangat cantik!












Happy sebab balik tak payah trekking dah haha
Dah penat berjalan, masa untuk makan yumyum~
Untuk hari terakhir lawatan kami sebelum pulang, kami melawat ke bandar Zagreb
Zagreb merupakan ibu negara Croatia dan bandar Zagreb terbahagi kepada dua bahagian iaitu Upper Town (Gornji Grad) dan juga Lower Town (Donji Grad)
Upper Town lebih kepada bangunan-bangunan bersejarah dan tempat tumpuan pelancong manakala Lower Town lebih tertumpu kepada cafe, museum, taman dan juga kedai-kedai
Kebetulan semasa berjalan-jalan di Lower Town, ada perarakan siap dengan main alat muzik yang mana diaorang berarak dalam pakaian tradisi, probably sambut easter tapi tak sure la juga ahaha
Sangat comel group yang berarak ni terutamanya budak-budak kecil



Ban Jelacic Square



Naik funicular untuk ke Upper Town




View dari Upper Town
View dari Upper Town





Menuju ke St Mark's Church di mana bumbungnya bercorak coat of army bagi Croatia
Penerangan dari local guide

St Mark's Church





Senyum je budak ni ^^



Zagreb Cathedral still in construction
Zagreb Cathedral in construction

Zagreb Cathedral



Selepas berlegar-legar di bandar Zagreb hampir setengah hari dan membeli sedikit souvenir untuk di bawa pulang kami di bawa ke Islamic Center Zagreb untuk makan tengah hari dan berehat seketika
Di Islamic Center Zagreb ni terletaknya Masjid Zagreb, masjid terbesar di Croatia
Rekabentuk masjid di sini sangat-sangat mengagumkan, memang lain daripada yang lain lah
Kawasan pun besar, tempat makan pun ada, best gitu







Cevapi untuk kali terakhir, will miss you ahaha

Airport Zagreb
Sempat lagi hantar poskad untuk diri sendiri hihi
Multi-prayer room di Zagreb airport
Bye byeeee~

Alhamdulillah kami selamat sampai di KLIA dari Istanbul
Keseluruhannya bercuti di rantau Balkan ni banyak memberi pengalaman yang menarik dan baru bagi saya
Terutamanya dari segi persekitaran bentuk muka bumi, sejarah, cuaca dan keadaan penduduknya
Ingat lagi waktu tengah beli souvenir di Sarajevo, masuk satu kedai pak cik tu tanya dari mana, bila tahu dari Malaysia terus dia buat thumps up dan tunjuk jersey Malaysia kat dalam kedai dia ahahaha
Papepun syukur dapat tengok bumi Allah swt yang luas ni dan kebesaranNya :)

ps: for inviting me to join the trip, thank you ma!

2 comments:

Comment :)