April 09, 2016

Rantau Balkan : Bosnia & Herzegovina - Pocitelj, Blagaj & Mostar

Dulu-dulu ingatkan negara Bosnia & Herzegovina ni terletak di benua afrika dengan penduduk berkulit hitam, rupa-rupanya dalam benua eropah yang penduduknya berkulit putih dan sangat cantik ahaha
Bosnia & Herzegovina adalah hasil gabungan 2 wilayah iaitu wilayah Bosnia di bahagian utara dan wilayah Herzegovina di bahagian selatan
Negara Bosnia & Herzegovina mempunyai kawasan pantai yang hanya berjarak lebih kurang 26 kilometer sahaja dan selebihnya dikelilingi oleh negara Croatia, Serbia dan Montenegro
Walaubagaimanapun, pada pendapat saya keindahan alam semulajadi di negara ini sangat cantik berbanding negara Balkan yang lain

Sumber: Google
Di negara ini jugalah tercetusnya Perang Dunia Pertama apabila Franz Ferdinand, pewaris takhta Empayar Austria-Hungary dibunuh di Sarajevo pada tahun 1914
Kemudian di ikuti dengan Perang Dunia Kedua akibat dicerobohi oleh tentera Nazi Jerman
Selepas tamat Perang Dunia Kedua, kerajaan Republik Sosialis Yugoslavia telah dibentuk dan negara Bosnia & Herzegovina termasuk di dalam kerajaan ini bersama-sama negara Croatia, Serbia, Slovenia, Montenegro dan Macedonia
 Bosnia & Herzegovina diduduki oleh 3 etnik utama iaitu etnik Muslim Bosniak, etnik Croat yang beragama Kristian Khatolik dan etnik Serb yang beragama Kristian Orthodox sejak sekian lama
Pada tahun 1990/1991 negara Croatia dan Slovenia mengisytiharkan kemerdekaan mereka daripada Yugoslavia dan diikuti oleh Bosnia & Herzegovina
Akan tetapi tidak disenangi oleh Crotia dan Serbia kerana mereka ingin membahagikan tanah Bosnia & Herzegovina antara kedua-dua buah negara
Hasil daripada perjumpaan sulit Presiden negara Croatia dan Serbia bersama etnik Croat dan Serb berlakulah Perang Bosnia ke atas etnik Muslim Bosniak selama 4 tahun dengan matlamat untuk menghapuskan etnik Muslim Bosniak
Akibat sikap tamak dan ketidakmanusiaan, Perang Bosnia yang berlaku dari tahun 1992-1995 telah mengakibatkan hampir 200,000 orang Bosniak termasuk kanak-kanak yang tidak berdosa syahid dan kawasan perumahan dibom, dimusnahkan serta dirobohkan

Mengikut cerita daripada local tour guide kami, jiran mereka yang terdiri daripada etnik Serb dan Croat yang telah tinggal bersama-sama sejak dari kecil sendiri mengangkat senjata untuk menembak penduduk dari etnik Muslim Bosniak
Sedih dan kesian sungguh lebih-lebih lagi bila tengok sendiri kesan peperangan dan bangunan-bangunan di sekitar Bosnia & Herzegovina yang mana terdapat kesan peluru-peluru  di dinding

Sempadan Croatia-Bosnia & Herzegovina dan satu-satunya kawasan Bosnia Herzegovina mengadap laut 
Singgah di Pocitelj, sebuah bandar lama yang dibina pada era Ottoman
Pocitelj
Pocitelj
Makcik menjual di Pocitelj
Antara yang di jual oleh makcik
Blagaj Tekke
Blagaj Tekke
Kedai souvenir di sekitar Blagaj 

Berhenti lunch di kawasan bernama Blagaj Tekke yang terletak tidak jauh dari Monstar



Pintu masuk ke Dervish House, Blagaj Tekke di tepi restaurant tadi

Buna spring river


Dervish House
Dalam pukul 3 petang sampailah kami di bandar Mostar, dan tempat paling popular di sini tentulah Stari Most atau Old Bridge
Stari Most ialah jambatan lama yang menghubungkan bahagian timur dan barat bagi bandar Mostar dan direntangi oleh sungai Neretva
Semasa Perang Bosnia, Stari Most ini telah dirobohkan oleh tentera Herzeg-Bosnia yang dianggotai etnik Croat namun dbina semula mengikut senibina asal dan ianya menjadi simbol kedamaian antara etnik Croat dan etnik Bosniak

Mostar




Tangga jambatan sangat licin jadi hati-hati ok




Mehmet Koski Pasha Mosque



Kawasan perkuburan di bandar Mostar


No comments:

Post a Comment

Comment :)