April 09, 2016

Rantau Balkan : Bosnia & Herzegovina - Sarajevo

Keesokkannya kami ke taman Vrelo Bosne yang terletak di pinggir bandar Sarajevo
Kawasan taman Vrelo Bosne ni sangat cantik, orang tak ramai sebab pagi lagi hehe







Berlatarbelakangkan Bosna river 



Setelah bersiar-siar di taman Vrelo Bosne, kami dibawa melawat ke Sarajevo Tunnel Museum atau Tunnel of Hope
Terowong bawah tanah ini merupakan satu-satunya laluan keluar masuk sewaktu Perang Bosnia dan ia berjaya disiapkan dari Mac hingga Jun tahun 1993
Di Tunnel Museum ini juga kita dapat merasai sendiri pengalaman menyusuri terowong yang sempit dan berhabuk
Selain itu, terdapat bilik audio/video di mana pengunjung boleh menonton footage peperangan sambil diberi taklimat oleh local guide yang turut menceritakan pengalaman beliau semasa Perang Bosnia berlaku
Memang sebak waktu tengok video footage tu, tak dapat nak imagine lagi-lagi kanak-kanak yang tidak berdosa dibunuh tanpa belas-kasihan

Sarajevo Tunnel Museum berdekatan dengan lapangan terbang












Destinasi seterusnya ialah melawat ke Sarajevo City Hall (Vijecnica) dan Latin Bridge sebelum pergi makan tengah hari

Sarajevo City Hall



Welcome to Sarajevo







The Latin Bridge merupakan tempat tercetusnya Perang Dunia Pertama apabila Archduke Franz Ferdinand dibunuh

Menu hari ini cevapi makanan traditional di rantau Balkan




Setelah mengisi perut yang lapar, kami meneruskan lawatan di sekitar bandar Sarajevo iaitu ke kota lama Bascarsija yang merupakan bazaar lama di Sarajevo dan pusat tumpuan orang ramai baik local atau pelancong luar
Kalau ke Sarajevo memang tak sah kalau tak jalan-jalan di sekitar Bascarsija ni
Terdapat bermacam-macam jenis barang di jual di sini, dari souvenir ke pinggan mangkuk, barang perhiasan, pakaian, makanan dan banyak lagi
Kami juga sempat melawat ke Gazi Husref Bey Mosque dan Sebilj Fountain


Gazi Husref Bey Mosque


Makam Gazi Husref Bey
Sebilj Fountain


Sekitar Bascarsija 
Sekitar Bascarsija 
Sekitar Bascarsija
Sekitar Bascarsija
Pos office di Bascarsija
Sekitar Bascarsija
Antara lorong kecil di Bascarsija

No comments:

Post a Comment

Comment :)